Wednesday, 13 September 2017

iii. BADAN KEHAKIMAN (JUDISIARI)

BADAN KEHAKIMAN (JUDICIARY)

Bertanggungjawab untuk memastikan Perlembagaan persekutuan dipatuhi.
Menegakkan keadilan mengikut peruntukan undang-undang agar hak asasi manusia dilindungi.
Mempunyai kuasa untuk membicarakandan menyelesaikan permasalahan serta menghukum pesalah melalui pihak makhamah.
Berperanan untuk mentafsir perlembagaan dan undang-undang.

STRUKTUR BADAN KEMAKIMAN MALAYSIA

STRUKTUR BADAN KEHAKIMAN NEGARA


MAHKAMAH ATASAN

Mahkamah Persekutuan (Mahkamah Agung) merupakan mahkamah tertinggi di malaysia yang diketui oleh Ketua Hakim Negara,Presiden Mahkamah Rayuan, kedua-dua hakim besar Mahkamah Tinggi dan tujuh hakim lain.Ahli mahkamah persekutuan dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri seperti yang termaktub dalam perkara 122B. Berkuasa memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah tinggi atau seseorang hakimnya. Mahkamah Rayuan terdiri daripada seorang pengerusi(Presiden Mahkamah Rayuan) dan Hakim yang tidak melebihi 32 orang.

Perlantikan ahli mahkamah Rayuan dilantik oleh YDPA seperti yang termaktub dalam perkara 122B. Berkuasa untuk memutuskan rayuan terhadap Mahkamah rayuan atau seseorang hakimnya serta lain-lain bidang kuasa yang diberi atau dibawah undang-undang Persekutuan.

Mahkamah Tinggi berkuasa untuk melaksanakan penyeliaan, mengubah keputusan semua Mahkamah Bawahan dan membicarakan semua rayuan daripada Mahkamah Bawahan sama ada kes sivil atau jenayah.

MAHKAMAH RENDAH

Mahkamah Sesyan berkuasa untuk membicarakan kes sivil atau jenayah di Malaysia. Mahkamah sesyen berkuasa untuk membicarakan segala kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati seperti yang termaktub dalam seksyen 63, Akta Mahkamah Rendah 1948. Berkuasa untuk membicarakan kes sivil berkaitan kemalangan motor, tuan tanah dan penyewa serta distres. Selain itu, kes sivil berkaitan amaun atau nilai hal dituntut tidak melebihi RM250,000. Mahkamah Majistret terdiri daripada Mahkamah Majistret kelas pertama dan kelas kedua.

Kelas pertama membicarakan semua kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman maksimum 10 tahun penjara atau denda. Selain itu, Mendengar dan mamutuskan rayuan jenayah yang disabitkan oleh Mahkamah Penghulu. Membicarakan kes sivil melibatkan amaun atau hal yang dituntut tidak melebihi RM250,000. Mendengar dan memutuskan rayuan kes sivil yang diputuskan oleh mahkamah penghulu. Kelas kedua membicarakan semua kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman maksimum 1 tahun penjara atau denda. Membicarakan kes sivil melibatkan amaun atau nilai hal dituntut tidak melebihi RM3,000

Mahkamah Penghulu 

Berkuasa untuk mendengar dan memutuskan prosiding asal kes sivil melibatkan amaun atau nilai hal dituntut tidak melebihi RM50 dan kesalahan jenayah kecil yang boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM25.

Mahkamah syariah 


Mahkamah dibawah kuasa kerajaan negeri. Mahkamah syariah berperanan untuk mengadili umat islam berkaitan undang-undang islam. Bagi kesalahan dibawah hukum syarak, Mahkamah syariah berkuasa menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM5000 atau 6 kali sebatan atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut seperti yang termaktub dalam seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965.

No comments:

Post a Comment