Wednesday, 13 September 2017

ii. BADAN PENTADBIRAN (EKSEKUTIF)

BADAN EKSEKUTIF

Secara ringkasnya eksekutif adalah badan yang menjalankan pentadbiran bagi sesebuah negara. Ia juga merupakan institusi politik yang pertama sekali diwujudkan berbanding dengan institusi lain. Ia penting, kerana institusi merupakan asas bagi semua bentuk sistem politik dan kerajaan yang menentukan arah dan halatuju kemajuan sesebuah negara. Eksekutif negara ialah nadi segala kegiatan politik. Walaupun jumlah anggotanya yang kecil, peranan serta kegiatan yang dimainkan olehnya adalah begitu banyak sekali. Selain itu, segala kegiatan dan tindakannya mendapat perhatian rakyat dan mempengaruhi kehidupan semua lapisan masyarakat. 

STRUKTUR BADAN EKSEKUTIF MALAYSIA











PERINGKAT PERSEKUTUAN

Perdana Menteri:

Ketua kepada sesebuah parti  yang menang majoriti dalam pilihanraya.
Ahli Dewan Rakyat mendapat kuasa dan kerusi majoriti di dalam Parlimen yang seterusnya membentuk sebuah Kerajaan.
Bertanggungjawab penuh terhadap YDPA mengenai urusan pentadbiran negara.
Mengetuai Kabinet di dalam memimpin Kerajaan dan menjalankan urusan pentadbiran negara.
Membuat semua keputusan penting yang membabitkan negara.
Wakil rasmi bagi rakyat Malaysia dalam hubungan luar.

JEMAAH MENTERI/ KABINET

Membuat dasar-dasar Kerajaan.
Memberi arahan bagi pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
Bersetuju atau tidak bersetuju sesuatu undang-undang.
Menyelesaikan masalah negara.
Memberi keputusan penting dalam sesuatu pekara Semua Menteri Kabinet adalah sama-sama bertanggungjawab terhadap Parlimen atas keputusan-keputusan yang dibuat oleh Parlimen.
Segala perbincangan di dalam kabinet adalah rahsia dan tidak akan direkodkan.

KEMENTERIAN

Agensi tertinggi dalam struktur pentadbiran negara.
Diketuai oleh Menteri dan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen.
Bertanggungjawab menggubal dasar-dasar, merancang dan menyelaraskan perlaksanaan program-program selaras dengan kehendak Kerajaan yang memerintah.
Ketua Setiausha Negara bertugas sebagai pentadbir utama dan penasihat kepada PM.
Seorang Ketua Setiausaha Kementerian dilantik sebagai pentadbir utama dan penasihat kepada Menteri.

PENASIHAT KEPADA MENTERI.

Melaksanakan dan membantu menggubal dasar-dasar kementerian.
Menjalankan segala arahan Menteri dengan bantuan kakitangan lain.

1 comment:

  1. SEGA GENESIS - GAN-GAMING
    SEGA aprcasino GENESIS. deccasino GENESIS-HANDS. Genesis (JP-EU). www.jtmhub.com NA. NA. NA. SEGA GENESIS-HANDS. NA. SEGA GENESIS. sol.edu.kg NA. GENESIS-HANDS. NA. kadangpintar

    ReplyDelete