BADAN LEGISTATIF
Dalam sesebuah negara, mesti mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri, mengikut kesuasuaian masyarakat dan kehendak pemerintah. Bagi sistem demokrasi, mempunyai dua corak pemerintahan negara demokrasi iaitu sistem raja berperlembagaan dan sistem republik. Sistem raja berperlembagaan ialah sistem pemerintahan yang mengekalkan raja (Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi Negara dan negeri dan dibantu oleh seorang Perdana Menteri. Manakala sistem republik ialah sistem yang menolak institusi raja dan ketua negara bagi kerajaan bercorakrepublik diketuai oleh Presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. Sistem ini berlaku di Perancis, Korea Selatan, India, Indonesia, dan Filipina. Bagi seorang Presiden dalam sistem ini mempunyai dua jawatan iaitu Ketua Negara dan Ketua Kerajaan.
Yang di-Pertuan Agong
Jawatan Yang di-Pertuan Agong bukanlah
jawatan yang diwarisi turun temurun. Malaysia mengamalkan sistem kerajaan Raja
Berperlembagaan dalam demokrasi berparlimen pada dua peringkat iaitu peringkat
Persekutuan dan peringkat Negeri. Pada peringkat Persekutuan, Ketua Negara
ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sementara ketua kerajaan ialah
Perdana Menteri. Pada peringkat negeri pula, ketua negeri dikenali dengan
pelbagai nama seperti Sultan, Raja atau Yang di-Pertuan Besar juga Yang
Dipertua Negeri sementara ketua kerajaan pula ialah Menteri Besar atau Ketua
Menteri. Kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak kepada Parlimen yang
mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis yang dinamakan Dewan Negara
dan Dewan Rakyat. Oleh kerana Yang di-Pertuan Agong adalah sebahagian daripada
komponen Parlimen, maka baginda mempunyai kuasa-kuasa berikut:
· Memanggil Parlimen
bermesyuarat dari masa ke semasa;
· Memberhentikan dan
membubarkan Parlimen;
· Boleh memberi
ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen dalam kedua-dua Majlis Parlimen bersama;
dan
· Memperkenankan Rang
Undang-Undang.
Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa
untuk melantik dua orang senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan. Di samping itu baginda juga mempunyai
kuasa untuk melantik empat puluh orang senator lagi.
Para senator yang dilantik oleh Yang
di-Pertuan Agong ini adalah, pada hemat baginda, terdiri daripada orang-orang
yang terkemuka dalam masyarakat dan banyak memberi sumbangan kepada masyarakat.
Selain dari tokoh-tokoh yang terkemuka dalam bidang ikhtisas seperti
perdagangan dan industri, pertanian, kegiatan kebudayaan dan sosial,
tokoh-tokoh yang mewakili kaum minoriti seperti orang asli juga dipilih.
Parlimen
Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan
demokrasi dan raja berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun
1957. Dalam sistem berparlimen, badan perundangan yang tertinggi kuasanya
ialah parlimen. Negara-negara yang mengamalkan sistem ini ialah Britain, Jepun,
Malaysia, dan India. Parlimen terdiri daripada ahli-ahli yang dipilih dalam
pilihanraya umum, yang selalunya diadakan sekurang-kurangnya lima tahun sekali.
Parlimen (legislature) ialah badan yang mewakili rakyat untuk membuat
undang-undang negara. Tugasnya ialah menggubal undang-undang dan
dasar-dasar melalui kuasa yang diberi kepadanya oleh undi rakyat.
Sistem demokrasi berparlimen terbahagi kepada dua, iaitu satu
dewan dan dua dewan. Pertama, dewan yang yang dipilih oleh orang ramai melalui
pilihanraya umum dan yang kedua, dewan yang ahli-ahlinya dilantik oleh ketua
negara: atau institusi-institusi tertentu yang ditugaskan oleh perlembagaan
untuk berbuat sedemikian. Britain, India dan Malaysia adalah contoh negara yang
mempunyai sistem seperti ini. Singapura, Denmark dan Sweden mempunyai hanya
satu dewan yang ahli-ahlinya dipilih secara langsung oleh pengundi.
Prosedur pembentukan Undang-Undang Negara
Parti atau gabungan parti-parti yang mempunyai majoriti
kerusi dalam parlimen akan membentuk kerajaan. Kerajaan ini yang akan
mengemukakan dasar-dasar dan rang undang-undang untuk perbahasan dan
keputusan. Ahli-ahli parlimen biasa, termasuk pembangkang, boleh juga
membentangkan rang undang-undang tetapi lazimnya ini dilakukan oleh parti yang
memerintah. Rang undang-undang ini diteliti oleh parlimen. Setiap rang
undang-undang melalui tiga tahap – bacaan pertama, di mana rang undang-undang
tersebut diedarkan kepada ahli-ahli parlimen; bacan kedua, di mana perbahasan
umum diadakan; dan bacaan ketiga, di mana rang undang-undang itu dikaji fasal
demi fasal. Selepas diluluskan oleh dewan rakyat, rang undang-undang tersebut
akan dikemukakan di dewan kedua pula, (dipanggil senat, dewan negara dan
sebagainya) iaitu bagi parlimen yang mempunyai dua dewan. Di senat
perbincangan juga diadakan di tiga peringkat bacaan. Selepas diluluskan oleh
senat rang undang-undang itu dikemukakan kepada ketua negara-raja atau presiden
untuk ditandatangani. Selepas ditandatangani dan digazetkan ia dianggap sebagai
rang undang-undang. Undang-undang ini akan disebut sebagai Akta.
Prosedur Perundangan Malaysia
Oleh kerana kabinet yang mengemukakan rang undang-undang dan
dasar-dasar, sama ada dalam bidang pendidikan, pertahanan atau pembangunan
ekonomi, maka kabinetlah yang sebenarnya merupakan penggubal undang-undang.
Ahli-ahli kabinet memainkan peranan utama dalam perdebatan dan perbincangan
tentang sesuatau dasar itu. Tetapi menteri-menteri kabinet bukan sahaja
berperanan dalam proses perundangan, mereka juga mengetuai
kementerian-kementerian yang melaksanakan dasar-dasar yang diluluskan oleh
parlimen. Sebagai contoh, menteri pengangkutan bukan sahaja bertanggungjawab
menggubal dasar-dasar pengangkutan, beliau juga yang menyelia dasar-dasar itu
dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kerajaan (atau birokrasi). Menteri-menteri
dan birokrasi (pentadbiran) kedua-duanya bertanggungjawab melaksana. Badan
perlaksanaan ini dipanggil eksekutif dan pentadbiran awam.
Prosedur Pembentukan Undang-undang Negeri
Manakala bagi negeri, Parti atau gabungan parti-parti yang
mempunyai majoriti kerusi dalam DUN (Dewan Undangan Negeri) akan membentuk
kerajaan. Kerajaan ini yang akan mengemukakan dasar-dasar dan usul untuk
perbahasan dan keputusan. Ahli-ahli DUN biasa, termasuk pembangkang, boleh juga
membentangkan usul tetapi lazimnya ini dilakukan oleh parti yang memerintah.
Rang Undang-undang ini diteliti oleh DUN. Setiap usul melalui tiga tahap –
bacaan pertama, di mana usul tersebut diedarkan kepada wakil rakyat; bacan
kedua, di mana perbahasan umum diadakan; dan bacaan ketiga, di mana rang
undang-undang itu dikaji fasal demi fasal. Selepas diluluskan oleh Dewan
Undangan Negeri, Usul tersebut akan dikemukakan kepada Sultan untuk
diperkenankan. Undang-undang yang terbentuk di DUN akan disebut sebagai
Enakmen. Enakmen yang diluluskan tidaklah bercanggah dengan perlembagaan
Negara. Namun kekuasaan negeri hanya terbatas kepada Adat Istiadat Melayu,
Tanah, perlombongan dan Hal-ehwal Agama Islam.
Legislature (perundangan) dan ekskutif adalah dua cabang
terpenting dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Walaupun dua badan
ini berbeza daripada segi fungsi dan kedudukan undang-undang, daripada segi
lain pula mereka mempunyai hubungan sangat rapat. Menteri-menteri kabinet
memainkan peranan utama dalam kedua-dua badan ini. Itulah sebabnya apa yang
berlaku dalam sistem demokrasi berparlimen ini selalu digelar sebagai satu
“fusion of power” ataupun satu “percantuman kuasa” Justeru itu juga ada ahli
teori yang mengatakan bahawa sistem demokrasi berparlimen adalah bertentangan
dengan semanagat konsep pengasingan kuasa dalam teori demokrasi liberal.
Dewan Rakyat : Kewenangan dan Hak-Hak
Dewan Rakyat ialah dewan rendah bagi Parlimen Malaysia.
Semua rang undang-undang perlulah diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen -
Dewan Rakyat dan Dewan Negara - sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan
diraja. Ahli-ahli Dewan Rakyat juga dikenali sebagai Ahli Parlimen dan
Ahli Yang Berhormat. Sepertimana Dewan Negara, Dewan Rakyat bersidang di Bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.
Status Dewan Rakyat diterangkan di dalam Perlembagaan
Persekutuan seperti berikut: "Kuasa perundangan Persekutuan hendaklah
terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada Yang di Pertuan
Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan
Rakyat." Kuasa memanggil dewan bersidang dijelaskan di
dalam Perlembagaan sebagai hak dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong. Baginda
tidak boleh membiarkan enam bulan dari tarikh terakhir persidangan berlalu
tanpa ada tarikh tetap untuk sesi bersidang seterusnya.
Dewan Rakyat bersidang selama maksimum lima tahun dan
kemudian terbubar sendiri melainkan jika dibubarkan lebih awal dari itu. Kuasa
pembubaran ini terletak di bawah budi bicara Yang di-Pertuan Agong. Baginda
boleh membubarkan parlimen walaupun sesi perkhidmatannya masih lagi awal
ataupun jika Perdana Menteri tidak lagi memiliki keyakinan dan kepercayaan
majoriti ahli-ahli dewan kerana tewas samada melalui undi percaya atau meluluskan belanjawan. Namun begitu, Yang di-Pertuan Agong juga
boleh melantik seorang ahli parlimen lain yang menurut budi bicaranya boleh
memiliki keyakinan dan kepercayaan ahli-ahli dewan lain.
Perdana Menteri, yang lazimnya mengetuai parti politik atau
kumpulan parlimen yang memiliki jumlah kerusi terbanyak bertanggungjawab
mengetuai badan eksekutif yang mentadbir negara ini. Beliau turut berhak
melantik ahli daripada kedua-dua dewan di parlimen untuk menganggotai Jemaah Menteri. Badan eksekutif ini berperanan membawa atau
mencadangkan satu-satu undang-undang untuk dibahas, dikaji dan diluluskan oleh
parlimen.
Hak istimewa
Ahli-ahli Parlimen diberi kebebasan dan keistimewaan untuk
memperkatakan sesuatu perkara tanpa rasa gusar atau dikecam di luar dewan;
satu-satunya badan yang boleh mengecam seseorang ahli parlimen ialah
Jawatankuasa Parlimen bagi Hak dan Kebebasan. Kekebalan parlimen ini
berkuatkuasa serta-merta setelah seseorang itu mengangkat sumpah menjadi ahli
parlimen dan hanya boleh digunapakai ketika ahli tersebut dibenarkan bersuara.
Kekebalan ini tidak boleh dipakai ke atas kenyataan-kenyataan yang dibuat di luar
dewan. Satu pindaan telah dibuat di bawah Perkara 63 Perlembagaan
berikutan Peristiwa 13 Mei dengan penambahan Perenggan 4 yang menidakkan Fasal 2
Perlembagaan yang secara amnya memberikan hak-hak kebebasan asasi. Perenggan 4
itu menerangkan bahawa sesiapapun termasuk ahli Parlimen yang berucap di Dewan
Rakyat boleh didakwa jika melakukan kesalahan di bawah Fasal 4 Perkara 10 atau
di bawah Akta Hasutan 1948. Selain itu ahli-ahli Parlimen juga kehilangan hak-hak
istimewanya jika menganjurkan penghapusan kedudukan Yang di-Pertuan Agong atau
mana-mana Raja di negeri-negeri.
Proses menggubal undang-undang
Sesebuah undang-undang yang ingin dicadangkan mestilah
disediakan rangkanya terlebih dahulu - kebiasaannya oleh Jemaah Menteri atau
sesebuah kementerian dengan dibantu oleh Jabatan Peguam Negara. Rangka tersebut yang dikenali sebaga rang
undang-undang kemudiannya dikaji dan dibincang bersama-sama oleh Jemaah
Menteri. Jika diputuskan untuk dicadangkan ke parlimen, rang itu kemudiannya
akan diagih-agihkan kepada semua ahli-ahli dewan rakyat.
Rang ini akan melalui tiga bacaan dalam persidangan Dewan
Rakyat.
I. Bacaan
pertama adalah untuk memperkenalkan rang undang-undang tersebut.
II. Bacaan
kedua untuk dibincang dan dibahas oleh ahli-ahli yang berhormat.
III. Bacaan
ketiga akan dicadangkan oleh menteri atau timbalannya untuk dibuat satu undian
ke atas rang undang-undang ini.
Kebanyakan undang-undang hanya memerlukan sokongan majoriti
mudah untuk diluluskan. Namun, dalam beberapa keadaan, majorit dua pertiga
adalah diperlukan, seperti dalam hal-hal berkaitan meminda perlembagaan.
Setelah diluluskan oleh Dewan Rakyat rang undang-undang itu kemudiannya
dihantar ke Dewan Negara dan tiga bacaan yang diterangkan sebelum ini akan
dilakukan sekali lagi. Dewan Negara boleh bertindak untuk tidak meluluskan
satu-satu rang undang-undang. Walaubagaimanapun, langkah ini hanya
melambat-lambatkan kelulusan dibuat selalunya selama sebulan dan kadang-kadang
setahun. Setelah tempoh ini tamat, rang undang-undang in dianggap telah
diluluskan oleh Dewan Negara.
Jika diluluskan, rang undang-undang itu akan dipersembahkan
kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dipertimbangkan dalam tempoh 30 hari. Jika
baginda tidak bersetuju, rang undang-undang itu akan dikembalikan ke parlimen
bersama-sama dengan beberapa cadangan pindaan. Parlimen kemudiannya harus
mengkaji semula rang undang-undang tersebut dan pindaanya dan mengembalikannya
semula kepada Yang di-Pertuan Agong jika rang undang-undang itu diluluskan
semula. Yang di-Pertuan Agong mempunyai 30 hari lagi untuk memberikan perkenan
diraja. Setelah tempoh itu, rang undang-undang tersebut dianggap telah
diluluskan sebagai undang-undang yang boleh berkuatkuasa. Undang-undang ini
hanya akan berkuatkuasa setelah dimasyhurkan di dalam Warta Kerajaan.
Kerajaan sering memelihara kerahsiaan sesebuah rang
undang-undang yang akan dibahaskan. Ahli-ahli parlimen sering menerima salinan
rang undang-undang beberapa hari sebelum dibahaskan dan akhbar-akhbar tempatan
jarang menerima salinan tersebut. Dalam sesetengah kes, ahli-ahli dewan pernah
diberikan salinan pada hari yang sama sesebuah rang undang-undang itu dibentang
di parlimen. Contoh terbaik adalah sewaktu Pindaan Perlembagaan 1968 yang dilakukan tiga bacaan pada hari
yang sama. Dalam kes yang agak jarang berlaku, kerajaan pernah mengeluarkan
satu Kertas Putih yang mengandungi cadangan-cadangan
kerajaan yang akhirnya diluluskan sebagai undang-undang. Kes ini merujuk kepada
penggubalan Akta Universiti dan Kolej
Universiti 1971.
Rang Undang-undang Persendirian
Proses sebelum ini hanya menerangkan langkah-langkah sesebuah
undang-undang itu dibawa oleh pihak kerajaan. Namun begitu, wujud satu lagi
proses yang dipanggil Rang Undang-undang Persendirian yang memberi peluang kepada ahli-ahli
dewan mencadangkan undang-undang baru untuk dibahas di parlimen. Walaupunbegitu,
sebagaimana yang sering menjadi amalan di dalam sistem parlimen ala
Westminster, hanya sedikit bilangan ahli parlimen yang pernah memperkenalkan
rang undang-undang. Proses ini dimulakan dengan ahli yang terbabit memohon
dewan untuk berhenti daripada meneruskan persidangan bagi membahaskan rang
undang-undang yang ingin dibawanya sebelum diputuskan dalam undian. Senator
dari Dewan Negara juga dibenarkan untuk mencadangkan rang undang-undang di
parlimen. Tetapi hanya wakil kerajaan sahaja dibenarkan mencadangkan rang
undang-undang berkaitan hal-ehwal kewangan dan ini perlu dilakukan di Dewan
Rakyat terlebih dahulu.
Seringkali sesebuah rang undang-undang yang dicadangkan oleh
wakil pembangkang, yang harus menggunakan Rang undang-undang Persendirian,
sering dipandang remeh oleh parlimen. Sesetengahnya sampai pernah mendakwa
bahawa hak-hak ahli parlimen untuk mencadangkan rang undang-undang telah
dihalang melalui pindaan terhadap Aturan Urusan Mesyuarat yang membenarkan Yang di-Pertua dewan
meminda cetakan ucapan ahli parlimen sebelum ianya dapat diucapkan.
Keahlian
Setiap ahli Dewan Rakyat dipilih untuk mewakili satu kawasan
parlimen melalui pilihanraya pelbagai parti. Kawasan ini ditentukan melalui
pensempadanan kawasan pilihanraya yang dijalankan setiap lapan tahun sekali
setelah dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Pensempadanan semula kawasan parlimen ini
hanya boleh diluluskan di Dewan Rakyat dengan mendapat sokongan daripada
sekurang-kurang dua pertiga ahli-ahli dewan.
Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:
· warga negara
Malaysia
· tidak kurang dari
21 tahun
· waras fikiran
· bukan seorang
muflis
· tidak memegang
jawatan berpendapatan
· telah menyerahkan
apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya sebelum ini, jika pernah bertanding
· tidak mempunyai
rekod jenayah
Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan
Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa. Sebelum memegang sebarang
kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang
di-Pertua Dewan Rakyat. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa
mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang
mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan
mempertahankan Perlembagaan.
Yang di-Pertua
Dewan Rakyat dipengerusikan oleh seorang Yang di-Pertua dan dibantu oleh dua orang Timbalan
Yang di-Pertua. Yang di-Pertua tidak semestinya dipilih di kalangan ahli-ahli
parlimen tetapi timbalan-timbalannya haruslah dipilih di kalangan
anggota-anggota Dewan Rakyat yang lain. Mereka berperanan besar
mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat. Selain itu, Yang di-Pertua turut
bertanggungjawab memastikan keadaan tenteram di parlimen selain berusaha sebaik
mungkin utuk melicinkan perjalanan persidangan.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi Parlimen ke-12 ketika ini
ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia dari Barisan Nasional. Beliau, yang merupakan Speaker Dewan Rakyat yang ke-8 dan
tidak mempunyai kerusi di parlimen adalah penjawat pertama dari negeri Sabah.
Timbalan-timbalannya ialah Yang Berhormat Datuk Dr. Wan
Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong-BN) dan Yang Berhormat Datuk Ronald
Kiandee (Beluran-BN).
Pilihan raya
Ahli-ahli Dewan Rakyat berkhidmat selama maksimum lima tahun
bagi satu-satu sesi parlimen. Selepas itu pilihanraya mesti diadakan bagi
memilih ahli-ahli baru. Pembubaran parlimen hanya boleh dilakukan oleh Yang
di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Perdana Menteri.
Pengundi-pengundi akan memilih seorang wakil rakyat daripada
setiap 222 bahagian pilihan raya. Pilihanraya di Malaysia dijalankan
oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang keahliannya dilantik oleh Yang
di-Pertuan Agong setelah selepas berunding dengan Majlis Raja-raja. Pemenang pilihanraya selalunya ditentukan menggunakan
prinsip majoriti tertinggi - calon yang mendapat undi terbanyak berbanding
calon-calon lain - yang turut diamalkan di dalam sistem berparlimen ala
Westminster.
Pembentukan kerajaan
Parti politik atau gabungan parti-parti politik yang
memenangi kerusi terbanyak di Dewan Rakyat berhak untuk membentuk kerajaan yang
baru. Kerajaan akan diketuai oleh seorang ahli parlimen yang memiliki sokongan
majoriti dewan dan beliau dipanggil Perdana Menteri. Namun begitu, Perdana
Menteri Malaysia tidak dilantik oleh ahli-ahli parlimen. Jawatan ini hanya
boleh dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan mengikut budi bicara baginda
unuk memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang dirasakan mendapat sokongan
terbanyak ahli-ahli di Dewan Rakyat.
Pilihan raya kecil
Mengikut Undang-undang Pilihanraya, jika seseorang Ahli
Parlimen terpaksa mengosongkan kerusinya dengan apa jua sebab sekalipun sewaktu
Dewan Rakyat berada di awal sesi perkhidmatannya dan tidak kurang daripada dua
tahun sebelum dewan terbubar, satu pilihan raya kecil perlu diadakan bagi
memenuhi kekosongan tersebut. Jika kekosongan itu berlaku kurang dari dua tahun
sebelum dewan terbubar pula, pilihanraya kecil hanya boleh diadakan jika Yang
di-Pertua Dewan Rakyat telah memastikan bahawa sokongan majoriti terhadap parti
kerajaan telah terjejas. Proses dan penganjuran satu pilihan raya kecil
adalah sama seperti pilihan raya umum dijalankan. Kebanyakan pilihan raya kecil
adalah kurang
No comments:
Post a Comment